Thursday, May 3, 2012

kembara jiwa kerdil merdeka : ohhh! kami memang popular!

بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..




“Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali supaya mereka tidak diganggu” (Al-Ahzab : 59)


"ehem. ramai orang pandang. rasa popular la pulak." 
(hati senyum girang walau muka maintain cool)


Kepada wanita-wanita muslim di luar sana terutamanya yang berada di negara yang islamnya masing asing, confirm anda-anda semua pernah merasai perkara ini. merasa seperti seorang "celebriti" ketika berjalan di khalayak ramai, dengan mata-mata yang memandang dengan pandangan yang tak lepas. Ada yang memandang kerana kagum dengan warna tudung yang cantik dan meriah, ada yang memandang dengan pandangan yang tertarik dengan imej islam itu sendiri terutama ketika musim panas (macam manala orang muslim ni boleh pakai tudung panas-panas ni), dan tidak kurang juga yang memandang dengan pandangan kurang selesa, tidak pasti sama ada islam yang mereka kurang selesakan atau rimas melihat kita berbalut lengkap atas bawah ketika matahari terik membakar bumi.


Tidak kisahlah atas alasan apa mereka melihat kita, yang pasti mereka tetap melihat kita. (muka bangga. ehee). Benda yang sama kami rasakan ketika di Zakopane. Mungkin kerana masih kurang orang muslim di sana (berbanding Warsaw yang mana community islam semakin bertambah dengan kedatangan orang Arab dan orang Malaysia, plus orang mereka sendiri sudah semakin ramai yang tertarik dan memeluk islam. Alhamdulillah! Kagum dengan pendakwah tempatan di sini.) 


Alhamdulillah3! Bertambah perasaan izzah memakai tudung. Bukan semata-mata kerana telah menjadi popular (walaupun seronokla juga dipandang orang..eheee), tetapi Allah memberi satu peluang untuk kita sebagai wanita muslim dikenali oleh orang ramai. Izzah yang datang kerana Allah memberi peluang untuk kita sebagai seorang muslim, seorang yang dipilih oleh Dia untuk mendapat nikmat islam dan iman ini, untuk dibezakan daripada masyarakat yang lain. Satu kebanggaan apabila kita mempunyai suatu medium untuk menzahirkan keyakinan yang ada dalam hati kita kepada luaran, sehinggakan orang mampu mengenali kita sebagai pembawa agama islam ini. Subhanallah, kadang-kadang berbunga rasa hati apabila kita berjalan, dan orang menunjuk kepada kita dan berkata "ohh..orang itu muslim!" (tidak kisahlah dalam nada sayang, kagum, terperanjat, mahupun marah). Mereka tahu kita sedang membawa islam ini, agama yang menjunjung kalimah la ilaha illallah! subhanallah! terutama kita berjalan dalam kalangan yang bukan muslim, terasa betapa terpilihnya kita oleh Allah, bukan sahaja untuk menganuti agama yang lurus ini, malah untuk menzahirkan ia, sehingga mereka mengenali kita. Ya Allah, nikmat!




-dalam ramai-ramai orang, kita adalah insan terpilih-


*******************************

teringat ketika melihat-lihat di suatu kedai cenderamata di Zakopane. sedang asyik meng"usha" barangan untuk dibawa pulang, tiba-tiba pakcik kedai tu tegur.

pck : to szalik, religijny? (scarf tu agama punya ke?)
kami : przepraszam? (sorry?) (buat-buat terkejut dan tak dengar)
pck : to! (itu!)(sambil tunjuk2 kat kepala), religijny? (atas sebab agama ke?)
kami : tak. tak. (ya. ya) (muka penuh bangga)

datang beberapa tukang kedai lain turut sama dalam perbualan kami.

pck : kto nosi ten szalik? (siapa yang pakai scarf tu?)
kami : kobieta. kobieta musi. (wanita. wanita kena pakai)
pck : tylko kobieta? (hanya perempuan?)
kami : tak. tylko kobieta. (ya, hanya perempuan)
pck : ahaaa.. (ahaaa..) (muka excited, nak tahu lagi)

pck : kiedy nosi szalik? caly czas? (bila pakai tudung? all the time?)
kami : nie. nie. only outside. (tak, tak. masa kat luar) (sambil pening pikir outside dalam polish apa, main tunjuk-tunjuk je kat sekeliling)
pck : ahaa..od kiedy? dzieci? (ahaa..sejak bila? budak-budak?) 
kami : nie. dzieci nie. Ja od dziesiec. (tak, budak-budak tak perlu pakai. saya pakai sejak 10 tahun) (again. muka kagum dan excited)

mereka pun berborak sesama mereka tentang "informasi terbaru" yang mereka dapat. kami pula mengeluarkan duit dan bayar.

pck : dziekuje. (terima kasih)
kami : dziekuje. Do widzenia. (terima kasih. selamat tinggal)

keluar je dari kedai pak cik mak cik ni, hati terasa macaammm..."aaa..maaf pak cik. maaf mak cik! kami tak dapat nak terangkan pasal bestnya pakai tudung dan bestnya agama islam! kami tak reti sangat bahasa polish!"..ohoo. ketika ini sangatlah bertambah azam untuk belajar polish dengan lebih rajin.uhuu..

teringat kata-kata Syeikh Jum'ah Amin, naib mursyidul am Ikwanul Muslimin, dakwah menuntut kita untuk menguasai bahasa waqi' dakwah kita. kerana bahasa itu adalah medium untuk kita menyampaikan islam.

"Dan kami tidak mengutus seorang rasul pun melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka." (QS. Ibrahim : 4)


-lepas ni kena belajar polish dengan lebih tekun-


******************************

Saya yakin, setiap arahan yang Allah berikan pada hambaNya tidak pernah membebankan hambaNya. Malah sekiranya kita kaji dan teliti, ada banyak sahaja hikmah disebalik setiap arahan yang Allah berikan, sama ada hikmah yang nyata mahupun hikmah yang tersembunyi.

Begitu juga dengan memakai hijab. Saya yakin banyak hikmah disebalik arahan untuk memakai hijab ini, sama ada hikmah itu mampu untuk kita rasa, dan juga hikmah-hikmah yang hanya diketahui di sisi Allah. dan saya juga yakin, anda di luar sana turut merasai hikmah yang banyak dan pelbagai ketika melaksanakan perintah Allah untuk memakai hijab ini.

Banyak hikmahnya, namun saya mahu berkongsi satu perkara yang saya dapat ketika berada di Zakopane. (hikmah yang sebenar hanya di sisi Allah, kita sebagai makhluk hanya mempu merasai sedikit keindahan daripada melaksanakan arahanNya.)

Ketika di sana, terasa betapa memakai tudung itu adalah sebagai satu bonus untuk seorang wanita, terutamanya untuk menyempurnakan salah satu matlamat hidup kita, yakni sebagai seorang khalifah (QS 2:30). 

Untuk menyampaikan islam terutama pada negara yang islamnya masih asing, kita perlu mencari satu point yang mampu menarik orang ramai untuk bertanya tentang islam. Misalnya, dengan solat di tempat yang terbuka, akan membuatkan orang tertanya apa yang kita lakukan, sekali gus membuka ruang untuk kita bercerita dan menyampaikan islam itu.

Begitu juga dengan memakai tudung. Betapa dengan memakai tudung ini, Allah memberi kita, seorang wanita satu ruang dan kelebihan untuk menyempurnakan amanat kita sebagai seorang khalifah di muka bumi ini. Dengan memakai tudung, kita mempunyai satu ruang untuk mendekatkan mereka yang masih samar-samar tentang islam untuk memahami agama kita yang lurus ini. Allah menyediakan satu pintu untuk kita sebagai wanita menunaikan tanggungjawab kita untuk menyampaikan islam itu pada masyarakat.

Dengan pembawakan imej islam itu, orang ramai lebih mudah tertarik dan lebih tertanya-tanya tentang agama ini. Dan masa inilah mesej islam itu boleh disampaikan pada masyarakat.

ahaa..siapa kata islam itu menindas wanita? pakai tudung tu bonus taw! :)

Tapi tidak dilupakan, disebalik menjadi seseorang yang dikenali (a.k.a. popular..ehee..), ada tanggungjawab yang terpikul di bahu kita. Tanggungjawab membawa imej islam itu sendiri. Kerana mereka mengenali kita sebagai seorang pembawa islam, maka segala tingkah laku, tutur kata bakal mencerminkan agama kita. Jika indah imej yang kita bawa, maka indahlah islam itu di mata masyarakat. Jika buruk imej yang kita bawa, maka rosaklah islam itu di mata masyarakat.

Namun, kerana tanggungjawab inilah yang membuat kita lebih berhati-hati, lebih menjaga akhlak dan pembawakan kita. Kerana ada rasa tanggungjawab inilah, kita mempunyai dorongan untuk sentiasa berubah ke arah yang lebih baik, ke arah yang Allah redha. 

Subhanallah, betapa Allah itu menyayangi kita sebenarnya. Sentiasa menyediakan kita dengan perkara-perkara yang membolehkan kita menjadi hamba yang dekat padaNya. Selama ini, sering sahaja kita menganggap menjadi hamba yang baik dan taat itu susah, arahan Allah itu suatu yang berat, tapi kalaulah kita melihat dari kaca mata yang berbeza, betapa kita akan melihat arahan-arahan ini turun dengan penuh kasih-sayang. Untuk mendekatiNya bukanlah sesuatu yang susah dan mustahil! Malah disamping arahan-arahan ini, wujud hikmah-hikmah yang tersembunyi buat hamba yang mentaatiNya.

Semakin kita membuka mata untuk menerima dan menghayati islam, semakin banyak yang akan Allah tunjukkan kepada kita. betapa indahnya islam ini dan betapa tidak sia-sia kepatuhan kita pada arahanNya selama ini.

Key point nya adalah, kita dahulu yang berkehendak untuk mendalami islam, dan Allah akan tunjukkan jalannya.





Allahu a'lam.



No comments:

Post a Comment