Monday, March 26, 2012

yang besar menjadi kecil




بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟




Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

"Da'ie ibarat tiram di laut, dihiris pepasir tercalarlah ia, sungguhpun terluka tetapi dipendam, sungguhpun pedih tapi tetap disimpan, namun akhirnya dibalas MUTIARA BERHARGA.....Perjuangan Islam bukannya ada pilihan tetapi satu amanah Allah, menuntut seribu pengorbanan bagi sesiapa yang dihatinya terselit IMAN dan TAQWA dan sedar dirinya bertuhankan Allah..." (Aksara Cinta Illahi)



Salam alayk.
Salam kesejahteraan atas semua. Semoga dalam apa jua keadaan kita sekarang ini, Allah izinkan untuk kita manfaatkan ia ke arah redhaNya. Semoga Allah memimpin kehidupan kita agar setiap tindakan kita terlindung dari kemurkaanNya.

Saya percaya bahawa islam memerlukan daie-daie yang berjiwa besar, yang berlapang dada, yang memandang dunia ini seluasnya, yang tidak terlalu terikat kepada emosi dan kehendak peribadi. Saya yakin bahawa islam memerlukan muharik-muharik (penggerak) yang berpandangan jauh, yang tidak menyekat perjalanan dakwah dan tarbiyah hanya kerana satu perkara atau masalah peribadi yang kecil. dan saya mengimani bahawa dalam beberapa perkara, seseorang daie itu perlu untuk mengorbankan perasaan kecil hati, sedih ,kecewa dan sebagainya, demi memastikan tujuan dan hadaf dakwah itu tercapai. Saya sangat-sangat bersyukur pada Allah kerana membenarkan saya untuk memahami dan meyakini perkara ini, kerana dengan keyakinan ini, saya kuat untuk berada di jalan ini, jalan yang saya imani bakal membawa saya menemui redha Allah.


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

(QS 29:2-3)

Lately saya diuji dengan beberapa ujian yang besar bagi seorang hamba yang lemah dan baru belajar bertatih seperti saya. Antaranya adalah keadaan emosi yang kurang stabil, yang menyebabkan mudah sahaja berkecil hati dan berpandangan negatif dengan saudara-saudara di sekeliling saya. Namun, saya yakin pada janji Allah, Dia pasti tidak akan membebankan hambaNya dengan bebanan yang tak tertanggung. Saya percaya di sebalik ujian ini pasti ada sesuatu kebaikan yang telah Allah takdirkan, tanpa perlu saya menduga-duga apakah kebaikan tersebut.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya." (QS 2:286)

Sejujurnya saya memang seorang yang sensitif. Kerana itulah, apabila hadir ujian sebegini, saya sebenarnya sangat bersyukur. Besar ujiannya, saya yakin Allah hadirkan juga hikmah yang besar. Ujian itu tarbiyyah, ujian itu juga tanda cinta supaya kita bergerak ke arah yang lebih baik. Hanya terpulang pada kita, melalui cara apa kita mahu membalas cinta Allah ini.

Sekadar ingin berkongsi muhasabah minggu ini. Khasnya buat daie-daie yang berjiwa sensitif di luar sana (ehee..yang tak sensitif pun boleh baca insyaAllah). Moga Allah perkuatkan kita semua untuk terus melangkah di jalan ini. Semoga ujian Allah tidak melumpuhkan kita, malah menjadikan kita lebih kuat.

Setiap daie akan diuji dengan ujian yang berbeza. ada yang diuji hartanya, keluarga, ukhwah, pelajaran dan sebagainya. Berhusnul zhan pada Allah dalam setiap ujian yang diberikan kepada kita sangat penting, kerana hanya dengan husnul zhan, ujian akan menjadi tarbiyah, bukan musibah!

Hari ini mahu berkongsi mengenai ujian perasaan, especially buat daie-daie remaja yang jika dilihat dari sudut psycologynya sedang mengalami satu tahapan kehidupan dengan jiwa yang bersemangat, yang sensitif, yang suka memberontak dll.

Hakikatnya, daie itu juga manusia. Yang fitrahnya Allah jadikan berperasaan. Marah, sedih, kecewa, excited, gembira, takut, ini semua warna-warni kehidupan kita sebagai seorang daie. Ini semua fitrah, dan kerana ianya fitrah maka tidak salah sebenarnua untuk kita memiliki perasaan-perasaan sebegini.

Cuma, Allah sebenarnya sudah memberi kita guideline, ke arah mana untuk kita tujukan perasaan-perasaan kita ini.
Atas sebab apa kita gembira, marah, sedih dan kecewa, itu yang menjadi kayu ukur kepada penilaian kita, sama ada perasaan kita ketika ini benar atau salah.

Allah telah menetapkan hala tuju kehidupan kita, iaitu sebagai seorang aabid (hamba) dan sebagai seorang khalifah. Maka sepatutnya fitrah yang Allah berikan kepada kita digunakan untuk melaksanakan kedua-dua tujuan hidup ini.

kerana itulah, saya yakin, tiada salah pada perasaan-perasaan ini andai kata ia membantu dakwah dan tarbiyah. kerana tak dinafikan islam memerlukan daie yang berjiwa sensitif, kerana jiwa yang sensitif menjadikan kita peka kepada keadaan sekeliling kita. Namun, jika perasaan ini menyebabkan perkara sebaliknya terjadi, membantutkan proses dakwah dan tarbiyah, memutuskan ukhwah dan menyebabkan ketidakseimbangan pada bia'ah kita, maka bagi saya menjadi satu tuntutan untuk kita ignorekan pandangan dan perasaan peribadi untuk pastikan kedua-dua tujuan hidup kita terlaksana dengan baiknya, dan juga untuk pastikan perjalanan dakwah dan tarbiyah berjalan dengan lancarnya.

sedar atau tidak, pada masa inilah sebenarnya kita sedang ditarbiyah untuk berlapang dada dan memenuhi tahapan terendah ukhwah iaitu untuk berhusnul zhan. Kerana jalan dakwah ini begitu panjang dan dihiasi dengan terlalu banyak duri, jika daie itu berjiwa lemah, bagaimana kita mahu menempuh jalan ini? jika awal-awal lagi kita gagal untuk mempertahankan ukhwah, bagaimana kita hendak menghadapi jalan ini seterusnya? cukup kuatkah kita untuk melangkah secara berseorangan?

saya tahu untuk seseorang yang berjiwa sensitif, mengabaikan perasaan adalah sesuatu yang sangat susah, kerana perasaan-perasaan negatif ini selalu hadir tanpa kita pinta. namun tegarkan hati untuk melawan perasaan-perasaan negatif ini, kerana dakwah menuntut banyak pengorbanan, salah satunya adalah pengorbanan emosi. kerana untuk islam tersebar luas, ia memerlukan seorang dai'e yang berjiwa kental, yang bertindak sebagai seorang pejuang dan tidak terlalu terikat pada emosi diri yang tidak membantu dakwah.

sungguh syaitan itu sangat licik. andai kata kita enggan untuk berlapang dada dan berhusnul zhan, seolah-olah kita membuka pintu dan menjemput si licik itu menguasai hati dan merosakkan iman kita.

kerana itu, didiklah hati untuk berhusnul zhan dan berlapang dada, terutama pada rakan seperjuangan kita. sukar, tapi manisnya akan kita rasa apabila kedua skill ini berjaya kita kuasai. Pasti tenang apabila iman mengatasi yang lain. jangan menganggap pengorbanan ini sebagai sesuatu yang sia-sia, kerana insyaAllah Allah menjanjikan syurga sebagai ganjaran bagi mereka yang sanggup untuk berkorban demi meraih cintaNya.

jangan biarkan hatimu yang besar menjadi kecil kerana dunia. kira islam memerlukan daie yang berjiwa besar, yang menginginkan akhirat melebihi kehidupan dunia.

Sedikit emo untuk tulisan minggu ini. ehee..namun berharap agar muhasabah yang dikongsi bersama ini mampu untuk menjadikan kita seorang hamba yang lebih hampir kepadaNya.

"Hai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah. Sesunguhnya Allah Maha Penerima
taubat lagi Maha Penyayang". (QS 49:12)





Allahu a'alam.


2 comments:

  1. rindu pd sahabat yang menulis ni.
    rs nak berkongsi perasaan sebab rs kite sgt sama dr segi berjiwa dan perasaan ni....T__T

    salah guna perasaan mungkin sj akan jd musibah...
    haaaaaaa...
    ni aisyah putri kan?

    ReplyDelete
  2. salam azie! a'a..putry ni..
    subhanallah, rindu juga pada akhawat2 di sana ;)
    sangat2 nak ke sana, bertukar cerita dan pengalaman. mesti best dpt belajar dgn banyaknya dari antunna di sana..
    insyaAllah one day, biiznillah!
    azie pun, jom ke Poland.

    ReplyDelete