بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟
Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..
"Dan orang-orang yang berhujah menyangkal dan membantah tentang kebenaran ugama Allah sesudah disambut dan diterima ugamaNya itu – bantahan (dan tuduhan palsu) mereka itu sia-sia belaka di sisi Tuhan mereka. Dan mereka pula ditimpa kemurkaan (dari Allah) serta mereka beroleh azab seksa yang seberat-beratnya." (QS 42:16)
buku buka...hati gelisah...terasa macam nak bercakap...
pandang kiri-kanan tiada orang..tutup buku...
tangan gatal2...buka laptop...
buka blog..tekan new post...
maka lahirlah post ini..!!
salam alaikum..salam kesejahteraan atas semua..
bagi yang dalam keadaan selamat panas terik..
mahupun yang dalam keadaan ribut salji...
atau pun dalam cuaca yang sedang2...
semoga berada dalam rahmat Allah senantiasa..=)
makin lama kita hidup, makin banyak kita berjalan, makin ramai orang kita jumpa dan bergaul..
maka makin banyaklah ragam yang akan kita lihat...
ada ragam yang menggembirakan hati, ada ragam yang meluatkan, ada ragam yang membuat kita kagum, dan ada ragam yang membuat kita benci...
semuanya berdasarkan bagaimana kita dibesarkan dan jalan apa yang pernah kita lalui dalam hidup kita..
hakikatnya kita semua berbeza...
ya..berbeza..bukan sahaja dari segi rupa, namun dari segi pemikiran, hati, jiwa dan perasaan..
ada yang luarannya keras, tapi dalam hati ada taman..
ada yang luarannya nampak lembut, tapi dalam hati ada padang pasir..
dan macam2 lagi..
begitu juga dengan jalan tarbiyah ini..
hakikatnya kita tidak pernah keseorangan...
kerana masih ramai dari kalangan kita yang mempunyai keinginan yang sama..
yang mempunyai fikrah yang sama..ingin kembali pada islam..
ingin mengenali dan memahami islam...seterusnya menyebarkan agama yang haq ini..
maka dalam pencarian kita, kita berjumpa dengan pelbagai orang, ragam, dan pendapat..
yang kadang-kadang menggembirakan, tapi sering kali menghampakan...
kerana apa..?? kerana kita berbeza...
bagaimana kita memandang dan menerima sesuatu itu berbeza..
kita mahu benda itu macam ini, tapi yang berlaku pula macam itu..
kita mahu ustaz sebegini, yang dapat ustaz sebegitu...
yang membawa kita kepada perasaan tidak senang, benci, tidak suka, tidak mahu menerima kebenaran, tidak mahu mendengar kata dari mereka2 yang kita rasa tak sama dengan kita..
walaupun kita sedar bahawa mereka itu sama perjuangannya dengan kita...
walaupun kita sedar yang mereka itu juga MANUSIA yang SAMA FIKRAH dengan kita..
akhirnya..lahirlah suatu perasaan yang seolah-olah memperlekehkan usaha mereka..
kenapa perlu cakap macam itu..?? kenapa perlu buat begitu..??
sedangkan apa yang mereka lakukan adalah apa yang mereka pikirkan perlu untuk agama ini...
maka wajarkah perasaan itu..?? benarkah alasan "alaaa..saya pun manusia.." itu boleh diguna pakai ketika kita berhadapan dengan Allah satu hari nanti...
kata2 kak mira semalam membuatkan saya terfikir..
"sebelum mencari kesalahan orang, check balik hati kita"
benar..! hakikatnya bila ada sesuatu yang kita rasa kurang senang, dengan cepatnya kita akan menyalahkan orang lain...
dia itu macam ini..yang ini pula macam ini...orang itu cakap suka hati dia sahaja...orang ini perasan bagus...
ohh...sangat sukar untuk kita lihat dengan mencari di mana silap kita...
hati kita terlalu dikongkong oleh "siapa kita"...
maka yang kita expect adalah semua yang berlaku bertepatan dengan hakikat "siapa kita"..
tanpa perlu memikirkan "siapa mereka"..
maka dari sini datangnya kesukaran untuk bekerja pada jalan ini..
kerana bila ada ketidaksefahaman, bila ada yang bertentang dengan apa yang kita fikir, maka dengan pantas kita menghukum..
tanpa mencuba untuk menerima dan menyelidik terlebih dahulu..
kerana apa..?? kerana kita terlalu bangga dan terikat dengan "siapa kita"..
"bila kita mencari kesalahan orang, seolah-olah kita nak cakap yang kita sahaja di pihak yang benar."
benarkah kita sentiasa di pihak yang benar...??
benarkah bila Allah memilih untuk memberi kita hidayah, kita secara tidak langsung akan kebal dari sebarang salah anggap dan kesilapan..??
benarkah bila kita rasa kita cukup istimewa bila kita dapat hidayah di kala kejahilan, kita tidak akan jahil kembali..??
yakinkah kita..??
kerana itu para sahabat berkata, "beriman sejenak"..
fikir dan muhasabah kembali diri kita...
kerana apa sebenar kita hidup di dunia ini..??
kepada siapakah yang kita mengharapkan redha dan kasih-sayang..??
layakkah kita untuk membenci dan totally menolak orang-orang yang sedang bekerja pada agama Allah ini..??
layakkah untuk kita dengan mudah menghukum, aku tidak mahu bekerja dengan engkau kerana engkau tak satu kepala dengan aku..??
check balik hati ini...
untuk siapa kita bekerja..??
kerana Allah..?? kerana diri kita..?? kerana keselesaan kita..??
kita tahu jawapannya..
dan disitu kita akan jumpa dimana salah kita..
wajarkah untuk dengan mudah menghilangkan rasa percaya kita pada mereka, hanya kerana tindakan-tindakan mereka yang kita rasa tak sama dengan KEINGINAN kita..???
ya..muslim itu daie...
dan muslim itu juga manusia...
namun seorang muslim bukan muslim biasa..
seorang muslim mempunyai satu bekal yang sangat hebat..
itulah dia iman...
orang beriman hidup tiada untuk yang lain selain Allah..
maka apa pada manusia bukan sesuatu hal yang besar padanya..
kerana hakikatnya yang dimahukan hanyalah redha dan rahmat Allah...
bila kita bekerja atas keimanan..
kita akan jelas bahawa matlamat kita adalah Allah..
dan kita juga perlu yakin mereka yang bersama-sama kita sedang bekerja kerana Allah..
meski berlainan cara, pendapat dengan kita, hakikatnya semuanya kerana Allah..
bila kita jelas dengan matlamat kita, yakni kerana Allah..
maka kita akan ketepikan perasaan negatif, perasaan terlalu pesimis, perasaan benci dan meluat kita...malah lebih berlapang dada...
kerana hakikatnya, perasaan2 negatif2 itu tak dapat membantu kita untuk memperjuangkan agama ini...perasaan2 itu malah melambatkan proses untuk membangunkan semula agama ini..
kerana kita tidak akan mampu bekerja bersama-sama selagi dalam diri kita masih lagi berperasaan sebegitu..selagi kita masih belum mampu berlapang dada untuk menerima orang lain untuk sama-sama bekerja dengan kita.
ya..saya sedang mengingatkan diri saya..
dan dalam masa yang sama saya ingin sama-sama mengingatkan kalian..
kerana kita bakal bekerja bersama-sama...
demi ummah ini..demi agama yang sangat kita cintai ini..
maka mari bersama-sama kita check hati kita..
elakkan prasangka yang mungkin betul tapi tidak membantu dalam perjuangan kita...
bersihkan hati kita yang penuh dengan debu dosa ini..
buang yang lain selain dari Allah...
letakkan dan tetapkan satu tujuan kita yakni Allah..!!
kita buat kerana Allah..mereka juga melangkah kerana Allah..
maka hakikatnya fikrah kita sama...
ketepikan pandangan individu kita dan berlapang dadalah..
semoga Allah merahmati.
“...Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu mut’ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu sekalian menghendaki (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan BAGI SESIAPA YANG BERBUAT BAIK di antaramu pahala yang besar.” (Al-Ahzab: 28-29)
Allahu taala a'lam..
No comments:
Post a Comment