Saturday, May 8, 2010

Sungguh saya kagum dengan mereka


بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟




Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله

Di mana iman kita hari ini..?adakah semakin baik berbanding semalam atau semakin merudum?(eceyh..macam saham la pulak un)..ea..iman kita saham kita...saham akhirat kita...di mana pengakhiran yang baik bagi orang yang beriman begitu juga sebaliknya...kalimah syahadah bukan hanya ungkapan semata-mata..sebaliknya perlu dihayati..macam anatomy juga..klu kita sekadar baca, tak cuba paham, tak tengok atlas, tak akan kekal apa yang kita baca..(kena kat batang hidung sendiri)..sebab itu menjadi kewajiban kita untuk berusaha memahami kalimah ini..insyaAllah...di mana ada kemahuan, di situ Allah tunjukkan jalan..insyaAllah..=)

Musim summer musim yang best (sebab cahaya matahari nampak everyday..terasa lebih bersemangat), tp jugak musim yang mencabar bagi saya..sungguh, pengalaman yang luar biasa..benar kata Kak Yana..musim summer adalah musim ujian..nak tengok, kita apply ke tak apa yang kita dapat selama ini...satu ujian buat kita, bila kita cakap kita nak jadi orang beriman, sungguh2 ke atau "yang2 yok" je..isyak pukul 10 malam dan subuh pukul 2 pagi...huhu...kalau tido konpom tak bangun subuh punya..tapi balik kelas sangat penat..untuk stay up everyday sampai pukul 2 pg sangat2 la letih...tp apalah yang dikirakan sangat dengan keletihan ini??kalau ini yang kita perlu korbankan untuk mendapat hadiah lumayan kat akhirat kelak, apa salahnya kan..??pelaburan jangka masa panjang..kena la susah sikit..lagi pun, sudah puas rasanya Allah beri kita kesenangan time winter dulu (since winter kat Poland sangat2 la lama)..dapat tido lama sikit..bangun tido pown gelap lg...IMAN KITA BUKAN BERMUSIM..kita kena tunjukkan yang kita mampu mengamalkan islam sepenuhnya dalam apa jua keadaan sekali pun..time winter penuh solat, time summer habis lintang pukang mutabaah amal..huhu...insyaAllah..islam itu syumul..orang islam boleh hidup dalam apa2 keadaan sekali pn..so,sentiasa perbaharui iman kita k..=)

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? (QS 6:32)

ok2...intro yang agak panjang..actually, nak curahat sikit...tentang kejelesan saya kepada "mereka"..saya selalu pikir, kenapa saya tak boleh jadi sehebat mereka...kenapa apa yang mereka katakan sangat2 bernas, jujur dan mampu menyedarkan orang yang mendengar..??kenapa apabila mereka menulis, pembaca tidak pernah2 bosan??kenapa apabila mereka mendengar sesuatu mereka boleh ingat, dan sebutkan kembali pada masa akan datang..??kenapa mereka mudah memahami sesuatu sedangkan saya sangat2 sukar untuk paham??dan kenapa mereka boleh abstrak apa yang berlaku pada diri mereka dan sekeliling mereka sebagai satu dakwah kepada mereka..??

pernah saya cuba, saya perhati sekeliling saya, sepanjang hari...apa yang saya boleh dapat..??apa pengajaran yang saya boleh ambil?? tp yg saya dapat "ZERO"..sungguh..!! ZERO..!!dan saya stress...kenapa susah sangat ni Aisyah nak jadi seperti mereka..mereka bercakap, saya cuba bercakap, tapi gagal..mereka menulis blog, saya pun tulis blog...gagal juga..!!mereka baca Al-Quran, mereka tengok internet, mereka research, saya buat juga tapi gagal...!! Gagal...!!

Lama saya pikir benda ni..kenapa sukar..??dan alhamdulillah..petunjuk Allah, beri kepada saya melalui seorang sahabat ; "beliau dapat tulis blog setiap hari kerana niatnya kerana Allah"...
KERANA ALLAH..!!subhanallah..termenung saya seketika...sungguh ke apa yang saya buat ini kerana Allah...??niat itu puncanya...benar, setiap kali sebelum belajar saya akan sebut, Ya Allah, ini untukmu..setiap kali sebelum menulis blog, pun saya niatkan yg sama..begitu juga sebelum solat..tp adakah sama antara apa yang kita sebutkan dengan apa yang sebenar2nya ada di dalam hati kita..??

Dan sekarang saya paham, kenapa mereka boleh konsisten dengan apa yang mereka lakukan..dan saya paham kenapa mereka boleh ingat apa yang disampaikan kepada mereka, kenapa time nak exam mereka tak kisah untuk on laptop dan baca blog agama.??..kerana apa yang mereka lakukan kerana Allah..(Allahu a'lam)..dan saya tanya balik diri saya,untuk apa saya lakukan semua ini..??mungkin untuk jadi sehebat mereka, yang mampu menjadikan agama sebagai hujah mereka..dan di situ silapnya...astaghfirullah...sungguh, niat bukan benda yang mudah..sekecil2 benda di dalam hati kita..benar..tidak salah untuk saya jadi pedagang niat..jadikan mereka sebagai contoh...tapi sehingga jadikan mereka sebagai tujuan saya buat semua benda ini, saya kira ia satu kesilapan..dalam nak tetapkan hati kita untuk buat sesuatu keranaNYA sangat2 susah..sebab pasti ditengah-tengah perjalan, akan terselit unsur2 yang tak sepatutnya (hasad, jeles, riak, tak fokus..etc)..tapi insyaAllah...masih belum terlambat untuk saya berubah..untuk kita berubah (Kita = bg mereka yang sewaktu dengan saya)..try untuk benar2 tetapkan hati kita..insyaAllah, Allah itu Maha Pemurah..Dia akan beri kita hidayah, selagi mana kita tak lari daripada mendapatkan hidayahNya..kepada mereka2 yang rasa "aku belum dapat hidayah lagi"..try tengok sekeliling kita...renungkan dalam2 setiap apa yang berlaku..pasti kita akan jumpa sesuatu yang akan mengetuk pintu hati kita..insyaAllah..

Sering kali saya berifikir,untuk saya nak sampaikan sesuatu kepada orang sekeliling saya (sebab saya tahu apakah perasaan menjadi orang yang sangat2 jahil), apa jalan yang saya ada??...saya terlalu lemah..saya tiada aura bercakap, aura menulis, aura memimpin atau apa2 aura sekali pun...dan sering kali saya tertanya2, mana jalan saya..??apa yang saya boleh dan mampu buat..??..walau macam mana bingungnya saya sekarang (memikirkan persoalan2 di atas yang saya tak pasti apa jawapannya)..saya yakin yang pertolongan Allah itu dekat..Allah sentiasa bersama2 dengan mereka yang ingin berjihad di jalanNya..mungkin nampak seolah2 saya tak pernah berjaya melakukan apa2 pown..tp saya yakin kejayaan itu ada, tp mungkin tersembunyi...pasti ada sebab mengapa saya sentiasa rasa saya gagal..mungkin Allah tak nak bagi saya selesa dengan apa yang saya lakukan sekarang..sebabnya terlalu sedikit yang saya buat berbanding orang lain..Allah nak bagi saya usaha lagi, buat lagi sehabis boleh..Allah lebih mengetahui...

Allahu ta'ala a'lam..yang baik itu daripada Allah, yang buruk juga daripada Allah namun berlandaskan kelemahan yang ada pada diri si penulis...(n_n)..V!


p/s : mereka yang disebut di atas ada kena mengena dengan yang hidup dan yang meninggal dunia..=)

2 comments:

  1. ah! berjaya baca 1 post! yeah!

    em sng je nak tau knp. sebab kita budak science. org science mmg tgk semua benda nmpak tu je. takde nak elaborate2. sbb kalau org tnya, medial epicondyle kat mana. kita jawab humerus. kalau org art dia akan jwb terletaknya medial epicondyle pada seketul tulang yg panjangnya bla3. tulang dibuat drpd bla3. huahua!

    ReplyDelete
  2. haha..tahniah..!!
    n 1st tyme putry berjaya tulih dgn ejaan lengkap...penat..-.-"

    ReplyDelete