Wednesday, May 26, 2010

ohhh burung...


بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟




Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

Tamat sudah fasa merenung diri dan memikirkan masa depan..subhanallah..benar..bila kita ambil masa sejenak..untuk berfikir dan muhasabah diri banyak yang kita dapat..dua minggu yang sangat2 menguji kebergantungan saya pada Allah..dua minggu yang nak duga sejauh mana saya percaya pada percaturannya...Alhamdulillah..sepanjang dua minggu ini Allah beri saya kekuatan untuk hadapi semuanya..syukur yang teramat...=)

Banyak saya dapat sepanjang dua minggu ini..dan sekarang tiba masa untuk saya berubah menjadi yang lebih baik..merenung diri akan jadi sia2 bila tiada langkah yang diambil untuk berubah bukan..??tapi yang pasti ada suatu perkara yang jelas tentang kejadian dua minggu ini..yang buat saya sedar bahawa
menyedari hakikat itu lebih baik daripada terus hidup dalam angan2, tak kiralah sepahit mana pun hakikat itu...dan penawar bagi ubat yang pahit hanyalah kemaafan serta kembali pada Allah..=)
Seperti kisah seorang budak, yang selalu duduk di tepi
tingkap..setiap hari ada sahaja masa yang diluangkan di tepi tingkap..dan setiap kali dia berada di tepi tingkap, dia akan nampak seekor burung terbang bermain-main di hadapan tingkap rumahnya..cantik sangat...dan dia selalu pikir, seronoknya jika aku boleh main dengan burung ni...sampailah ke suatu hari, dia decide untuk mengambil langkah untuk menghampiri burung tersebut..lalu dia sediakan rumah untuk burung tersebut di tepi tingkap..dia sediakan makanan, air untuk burung tersebut..tapi burung tersebut tak juga datang..kadang2 dia nyanyi sebab nak tarik perhatian burung itu..tapi burung tu tak kisah pun..last2 dia decide untuk pergi sendiri pada burung itu..nak selami hidup burung itu..dia nak terbang..!!!lalu dia berdiri di tepi tingkap dann................................kedebushhh..!!jatuh ke tingkat bawah...patah kaki...masuk hospital...
lepas keluar hospital, dia duduk kat tepi tingkap dan perhatikan burung tersebut tetap riang dalam dunianya..dia pun hanya mampu duduk di tepi tingkap..perhatikan burung itu dari jauh..lalu dia berkata "Dunia kita terlalu berbeza..awak berkepak, saya tak ada..hanya mampu tengok dari tepi ja..saya selalu pikir untuk bersama2 dengan awak..sebab saya nampak awak sangat bahagia menjadi burung..jadi saya teringin nak selami apa yang awak rasa hidup sebagai burung..sebab itu saya sediakan semua ini untuk awak..walaupun awak tak pernah nampak rumah ini, makanan ini..saya tetap buat sebab saya yakin satu hari nanti awak nampak juga semua ini..tapi minggu lepas saya jadi tak sabar..kenapa awak tak juga datang pada saya..jadi saya pun nak lah pergi dekat pada awak..tapi sayang, keinginan saya yang terlampau buat saya lupa keupayaan saya, buat saya lupa yang saya tak ada kepak seperti awak..lepas balik dari hospital, saya ingatkan awak akan datang pada saya, sebab saya dah hampir korbankan nyawa saya pada awak..tapi awak still tak datang juga..malah masih bahagia dengan dunia awak..barulah saya sedar yang dunia kita terlalu berbeza..ya..awak hebat, saya pun hebat..sebab kita mampu untuk berada pada level yang sama..awak dengan terbang, saya dengan menaiki tangga..tapi dunia kita masih berbeza..terlalu sukar untuk saya dekati awak..saya suka lihat awak bermain2 di hadapan mata saya..seronok..jadi saya akan doakan agar Allah beri awak kegembiraan..supaya awak sentiasa gembira dengan hidup awak dan dalam masa yang sama saya bahagia melihat awak gembira."
*monolog dalaman*

sekian untuk rancangan haiwan teladan kita hari ini ya kawan2..hehe..=)..pengajaran dari cerita di atas perlu diabstract, seperti bawang ia kawan2..kita perlu kupas satu-satu...........ok2..suda2..merepek dah ni..hehe..

last but not least, jangan biarkan hidup anda diselubungi misteriiii..eh..tak2...jangan biarkan hidup anda diselubungi kesedihan, ketensionan, kekecewaan. kemusnahan dan ke2 yang lain yang sewaktu dengannya..yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersama kita...apa2 yang terjadi, kembalilah kepadaNya...Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya...
Baik dan buruk daripada Allah namun berlandaskan pada kebaikan dan kekurangan yang ada pada hambaNya yang dhaif ini..



Doa budak tersebut : "Ya Allah, jika masih ada cara untuk aku dekatinya, maka tunjukkanlah..
namun jika sekadar melihat itu yang terbaik untuk kami, maka berilah aku kesabaran.
Sesunguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu"

2 comments:

  1. hahaha.mcm dah agak terkupas dah pon bawang post putry nih.haha,agaknya lah kan.insyaAllah.Allah dah atur yg terbaekk dh kan untk kita?kdg2 perasaan tak sabar tu.subhanallah.apalah.
    haha,tgh2 malam ni layan blop putry plak.esok fadz dh nak pindah umah.duk ngn donna.Putry,allthebest final.doakan fadz jugak neh.miss u. =))

    ReplyDelete
  2. hehe...btul2...kdng2 konsep tawakal tu lg indah..serahkan semuaNya pada yg Lebih Mengetahui..
    wahhhh..sronoknya dpt ddk same2 blik...
    ameen...miss u 2 3 4 5 my dearr..=)

    ReplyDelete